jump to navigation

Hari Pertama January 10, 2008

Posted by sknd in Kakitangan.
add a comment

Sesi persekolahan 2008 di SK Nanga Dalai bermula dengan kehadiran murid-murid yang telah sekian lama bercuti manakala kehadiran 2 orang guru KPLI yang baru bagi mengantikan tempat Cikgu Ramond dan Cikgu Putera yang telah berpindah juga turut memeriahkan suasana hari pertama persekolahan, Selamat Datang dan Selamat Bertugas diucapkan kepada Cikgu Edwin dan Cikgu Richie.

January 9, 2008

Posted by sknd in Informasi.
add a comment

Bonus … Saguhati … Honorarium …. Sukahati


 

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Keputusan permohonan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk mendapatkan honorarium atau sagu hati bagi menggantikan bonus kepada kakitangan awam dijangka diperoleh dalam minggu ini.

 

Presidennya, Omar Osman berkata, perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan akan dibuat selepas mendapat panggilan balas untuk menetapkan tarikh yang sesuai.

 

‘‘Kami akan bincang mengenai honorarium dan lanjutan persaraan wajib. Kami harap dapat keputusan yang positif dan menggembirakan semua pihak.

 

‘‘Perjumpaan itu kemungkinan dalam minggu ini. Kami hanya tunggu lampu hijau untuk berjumpa KSN,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 

Sebelum ini, Omar memberitahu, perbincangan dengan Mohd. Sidek mengenai honorarium atau sagu hati bagi menggantikan bonus kepada setiap kakitangan awam akan dibuat pada awal Januari.

 

Bagaimanapun perbincangan itu terpaksa ditangguhkan kerana Mohd. Sidek berada di Mekah menunaikan haji.

 

Omar berkata, beliau sangat berharap kerajaan mempertimbangkan permohonan CUEPACS agar sagu hati RM2,000 diberi kepada setiap kakitangan awam tanpa mengira gred.

 

‘‘Sekolah sudah buka. Saya yakin ramai yang merungut kerana ketiadaan bonus tahun ini.

 

‘‘Kami harap pertemuan dengan KSN minggu ini mendapat satu keputusan yang menceriakan semua,” ujarnya.

 

Source : Utusan Malaysia